Tencent Games telah mengumumkan yang PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2023 akan berlangsung pada 25 November dan 2 Disember 2023 untuk peringkat kelayakan, 16 hingga 17 Disember bagi peringkat kumpulan dan 30 hingga 31 Disember untuk peringkat akhir.
Peringkat kelayakan adalah terbuka kepada pemain di Malaysia dengan pendaftaran sudah dibuka melalui pautan ini dan akan ditutup pada 19 November 2023.
Peringkat kelayakan akan berlangsung selama 2 hari, iaitu pada 25 November untuk mencari 64 pasukan terbaik, sebelum ke peringkat kelayakan seterusnya pada 2 Disember untuk mencari 16 pasukan terbaik yang akan menyertai 4 pasukan jemputan di peringkat kumpulan.
Ini merupakan kali ke-5 PMNC dianjurkan dan Yoodo juga merupakan rakan penaja telekomunikasi digital rasmi bagi PMNC 2023.