Skip to main content

PlayStation hari ini telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan sokongan integrasi X ataupun Twitter di PlayStation 4 dan PlayStation 5 bermula pada 13 November 2023.

Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi boleh melihat kandungan yang diterbitkan di X dan juga tidak lagi boleh berkongsi ke laman sosial tersebut.

Keputusan ini diambil berkemungkinan besar kerana X sekarang memerlukan penyedia platform ataupun pembangun membayar yuran akses API untuk mengintegrasi laman tersebut.

Perkara yang sama sudah dilakukan oleh Xbox pada bulan April yang lepas.

Leave a Reply