BlizzCon 2023 telah berlangsung pada hujung minggu lepas dan Blizzard telah melakukan pelbagai pengumuman untuk permainan-permainan mereka seperti World of Warcraft, Diablo, Overwatch dan juga Hearthstone.
Berikut adalah antara pengumuman yang dilakukan;
World of Warcraft akan menerima tiga penambahan baharu, bermula dengan ‘The War Within’ yang akan tiba pada tahun 2024 diikuti ‘Midnight’ dan ‘The Last Titan’.
World of Warcraft Classic pula akan menerima musim baharu iaitu ‘Season of Discover’, manakala pada tahun depan akan menerima penambahan ketiga iaitu World of Warcraft: Cataclysm Classic.
Permainan mudah alih Warcraft Rumble kini dilancarkan untuk iOS dan Android
Diablo IV akan menerima penambahan pertama pada tahun 2024 iaitu Vessel of Hatred yang akan memperkenalkan kelas baharu yang tidak pernah tiba di dalam mana-mana siri permainan Diablo sebelum ini
Overwatch 2 akan menerima hero baharu iaitu Mauga yang merupakan hero di dalam kelas Tank
Hearthstone menerima mod baharu iaitu Battlegrounds Duos yang membolehkan dua orang pemain berkoperasi untuk bermain bersama.