HoyoVerse telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan sesi beta tertutup yang kedua untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Zenless Zone Zero. Sesi beta ini terbuka untuk pemain di PC dan peranti pintar sahaja.

Pendaftaran untuk berpeluang mendapatkan sesi beta ini sudah dibuka melalui pautan ini, tarikh bermulanya sesi beta ini masih tidak diumumkan lagi tetapi pemain yang mendaftar dan mendapat slot akan dihubungi untuk langkah yang seterusnya.

Selain itu, HoYoverse juga berkongsi treler baharu yang memperlihatkan apa boleh dijangkakan oleh pemain melalui sesi beta ini.

Zenless Zone Zero merupakan permainan ARPG di mana penceritaan memfokuskan kepada ketamadunan manusia telah dimusnahkan oleh satu bencana yang digelar sebagai Hollows. Bandar New Eridu menggunakan segala teknologi dan sumber yang ada untuk melawan Hollow ini dan menjadi harapan terakhir untuk tamadun manusia. Pemain akan menjadi Proxy iaitu seorang yang pakar untuk melalui Hollow.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk Zenless Zone Zero tetapi ia akan dilancarkan untuk konsol, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini