HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu Versi 4.2 “Masquerade of the Guilty” akan tiba pada 8 November 2023 yang akan meneruskan lagi penceritaan dan juga tibanya Furina dan Charlotte untuk digunakan oleh pemain.

Bagi yang mengikut penceritaan ‘Archon Quest’ mesti mengetahui keadaan semasa di Fontaine dan ramai pihak perlu bekerjasama untuk mengelak daripada kemusnahan termasuk juga daripada Fatui Harbinger, Arlecchino.

Pemain dapat melawan dengan boss mingguan baharu iaitu ‘All-Devouring Narwhal’ yang mempunyai serangan AoE yang kuat. Selain itu, terdapat juga boss lain iaitu Hydro Tulpa yang mempunyai kebolehan untuk menguatkan diri sendiri.

Dua watak yang boleh didapatkan oleh pemain sepanjang kemaskini ini adalah Hydro Archo sendiri iaitu Furina yang akan menyertai pasukan sebagai pengguna pedang dengan elemen Hydro dan merupakan watak 5-bintang. Furino mempunyai kebolehan untuk menyerang dan juga menyembuh untuk Elemental Skills dan Elemental Burst.

Watak seterusnya adalah pemberita Charlotte yang merupakan watak 4-bintang yang mempunyai serangan (dan menyembuh) menggunakan kamera. Dia merupakan watak dengan elemen Cryo dan dan menggunakan senjata Catalyst.

Kawasan di Fontaine juga diperluaskan lagi dengan menyertakan Erinnyes Fores dan Morte Region. Misi “The Narzissenkreuz Adventure” akan diteruskan lagi di dalam Tower of Ipsissimus yang akan memperlihatkan Priomordial Sea.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini