Hulu dan 20th Television kini dilaporkan akan hadir dengan sekuel siri TV popular tahun 2005 iaitu Prison Break. Siri ini dikatakan bukan olahan semula dan turut tidak berkait dengan siri asal, tetapi berlaku di dalam dunia yang sama.
Wentworth Miller dan Dominic Purcell turut tidak akan kembali sebagai Michael Scofield dan Lincoln Burrows. Siri baharu Prison Break ini akan ditulis oleh Elgin James dan beliau turut akan menjadi penerbit eksekutif.
Prison Break mula disiarkan pada tahun 2005 dan tamat pada tahun 2017 dengan lima musim. Ia mengisahkan Scofield seorang jurutera genius yang melakukan rompakan agar ditangkap dan memasuki penjara yang sama dengan abang dia demi melarikan diri bersama-sama.
Sumber – Hollywood Reporter