Toho hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Godzilla Minus One yang sekali lagi memperlihatkan bagaimana Godzilla menyerang Jepun yang pada waktu itu baru sahaja melalui peperangan dunia kedua.

Treler memperlihatkan adegan penuh aksi memperlihatkan bagaimana tentera-tentera Jepun berusaha untuk melawan dengan kaiju ganas tersebut. Diperlihatkan juga duri Godzilla menjadi biru, sesuatu yang biasa berlaku sebelum menggunakan atomic breath.

Filem ini diarahkan dan juga ditulis oleh Takashi Yamazaki. Ia akan mula ditayangkan pada 3 November di Jepun iaitu tarikh yang sama dengan filem pertama Godzilla pada tahun 1954. Tayangan secara global dijangka pada 1 Disember 2023.

Sohor Kini