Cascha Games dan Neverland Entertainment telah mengumumkan yang permainan novel visual seram mereka iaitu Concealed akan dilancarkan pada 8 November 2023 melalui Steam dan demo untuknya juga boleh dimuat turun.
Concealed merupakan permainan yang mengadaptasi siri komik Parallel oleh ‘九日十夜’ seperti Ghost in the Pool iaitu permainan mereka sebelum ini, tetapi mereka mengatakan yang Concealed adalah satu permainan yang lebih besar berbanding permainan tersebut.
Di dalam permainan ini, pemain mengikut penceritaan Meng Jiangnan iaitu pelajar yang kembali ke sekolahnya Diyingling High School selepas melalui program pertukaran pelajar, pada awalnya dia melalui hari yang biasa tetapi pelbagai kejadian aneh mula berlaku di sekolah tersebut.