Crunchyroll telah mengumumkan yang mereka akan menjadi penaja dan juga rakan promosi untuk acara Anime Festival Asia yang akan berlangsung pada 24 sehingga 26 November 2023 ini di Singapura.
Ini menjadikan penajaan pertama Crunchyroll di Asia Tenggara di dalam usaha mereka untuk berhubung lebih dekat dengan peminat-peminat anime di benua ini.
Selaku penaja dan rakan promosi, Crunchyroll juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti di acara tersebut antaranya;
Buat masa ini, Crunchyroll menawarkan 3,100 jam dan 8,200 episod untuk pengguna di Asia Tenggara seperti Dr. Stone, Jujutsu Kaisen, Spy x Family, Bersek of Gluttony, Goblin Slayer dan Bucchigirl. Mereka juga mula memperkenalkan harga tempatan pada tahun lepas di Malaysia.