20th Century Studios telah berkongsi treler acah untuk Kingdom of the Planet of the Apes iaitu filem terbaru di dalam siri filem Planet of the Apes, mereka juga mengumumkan yang ia akan tiba di pawagam pada 23 Mei 2024.
Kingdom of the Planet of the Apes merupakan filem susulan kepada War for the Planet of the Ape yang dikeluarkan pada tahun 2017 tetapi dengan latar masa beberapa generasi selepas filem tersebut.
Filem ini diarahkan oleh Wes Ball yang sebelum ini mengarah trilogi The Maze Runner, filem ini ditulis oleh Josh Friedman, Rick Jaffa, Amanda Silver dan Patric Aison dengan senarai pelakon Owen Teague, Kevin Durand, Peter Macon dan Freya Allan.
Di dalam filem ini, Apes telah mempunyai beberapa puak tersendiri manakala manusia yang masih berada di sana telah menjadi “liar”. Filem ini lebih memfokuskan kepada pertempuran di antara puak Apes ini sendiri berbanding melawan manusia.