EA dan Respawan Entertainment telah mengumumkan yang bermula pada 7 November 2023, mereka bekerjasama dengan penyanyi terkenal iaitu Post Malone untuk hadir dengan acara masa terhad yang akan menyertakan mod masa terhad (LTM) baharu bersama dengan barangan kosmetik yang dihasilkan bersama dengan Post Malone.
LTM yang disertakan adalah “Three Strikes” iaitu mod yang lebih laju dengan pemain boleh menghidupkan semula dengan pantas dan akan menjadi halimunan apabila downed. Pemain juga boleh respawn dua kali di dalam satu sesi permainan.
Pemain boleh melakukan pelbagai objektif untuk mendapatkan Camo Credits dan menebus pelbagai barangan kosmetik khusus bagi acara masa terhad ini. Acara ini akan berlangsung selama dua minggu.
Post Malone selain merupakan penyanyi terkenal, beliau juga sering terlibat dengan hobi-hobi seperti bermain permainan video dan juga permainan kad. Beliau merupakan pemilik kad MTG The One Ring 1/1 dan juga sering bermain Apex Legends dengan strimer seperti iiTzTimmy.
Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.