EA dan Maxis telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk The Sims 4 adalah “For Rent Expansion Pack” yang antaranya membolehkan pemain menjadi ejen hartanah, tuan rumah ataupun sekadar penyewa sahaja.
Penambahan ini akan menyertakan bandar baharu untuk pemain iaitu Tomarang, bandar yang mengambil inspirasi daripada Asia Tenggara. Mereka mengatakan telah bekerjasama dengan Jason Chu iaitu penyanyi di Amerika yang mempunyai keluarga dari Asia Tenggara. Selain rekaan bandar, Tomarang juga menyertakan elemen Asia Tenggara lain seperti Tofu Pad Thai, Banh Cuon, Halo Halo dan Thai Iced Mile Tea.
Expansion Pack ini juga akan membolehkan pemain untuk membina rumah ataupun lot perumahan yang mempunyai beberapa rumah untuk didiami oleh beberapa keluarga. Perkara ini boleh dilakukan di kesemua bandar di dalam The Sims 4. Selepas membina dan menghiasnya pemain kemudian boleh menyewakannya.
Ini juga membawa kepada peranan baharu kepada pemain, iaitu sebagai tuan rumah, ejen hartanah ataupun penyewa yang setiapnnya mempunyai tatamain tersendiri. Bagi penyewa anda akan mendapat empat Aspirations dan lime Traits baharu. Tuan rumah pula perlu bertanggungjawab untuk memastikan rumah di dalam keadaan yang baik.
For Rent Expansion Pack ini akan dikeluarkan pada 7 Disember 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui EA, Windows, Steam dan Epic Games Store. Setiap pembelian awal bermula 2 November sehingga 18 Januari, pemain akan mendapat ‘Street Eats Digital Content’.