Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment sebelum ini telah mengumumkan kemaskini terbesar untuk permainan simulasi lumba kereta mereka Gran Turismo 7 tiba bermula hari ini iaitu kemaskini 1.40 SPEC II.

Antara yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah pengenalan kepada Gran Turismo Sophy (GT Sophy) yang merupakan pelumba kereta AI untuk bermain menguji kemahiran mereka. GT Sophy membuat penampilan di mod Quick Race yang dikenali sebagai mod Arcade sebelum ini. Ia adalah khusus untuk PlayStation 5.

GT Sophy ini juga diumumkan menggunakan teknologi oleh Sony AI iaitu satu bahagian di dalam Sony Research yang merupakan subsidiari kepada Sony Group yang diumumkan untuk 1 April 2020. GT Sophy ini mula diperkenalkan pada tahun 2022 untuk menjadi AI yang dapat mengalahkan pelumba-pelumba terbaik dunia.

Gran Turismo 7 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Gran Turismo 7 – Permainan Simulasi Lumba Kereta Yang Mendalam.

Sohor Kini