Apple Arcade telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai perkhidmatan tersebut pada bulan ini dan telah mengesahkan yang Football Manager 2024 Touch akan tiba pada 6 November ini.
Sports Interactive dan SEGA sebelum ini hanya mengumumkan Nintendo Switch yang akan menerima Football Manager 2024 Touch ini. Manakala Football Manager 2024 Mobile akan tiba melalui Netflix.
Selain Football Manager 2024 Touch, Apple Arcade juga mengumumkan 7 lagi permainan yang akan disertakan di dalam perkhidmatan tersebut sepanjang bulan ini dan awal bulan depan:
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+