Prime Video telah mengumumkan yang filem ‘Amazon Original’ dari Malaysia pertama oleh mereka iaitu Budak Flat akan mula disiarkan melalui platform mereka pada 16 November 2023 di Malaysia dan juga 24 negara asia yang lain.
Budak Flat merupakan filem yang memfokuskan kepada satu perumahan flat yang menjadi sarang penjenayah. Ia adalah mengenai dua adik beradik iaitu Aman lakonan Zahiril Adzim bekas pencuri dan Riz lakonan Pablo Amirul pengedar dadah, terpaksa berlawan sesama sendiri kerana desakan keadaan.
Filem ini diarahkan oleh Eugene Lim dengan Syafiq Yusof sebagai penasihat. Senarai pelakon adalah Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash dan Aaron Aziz.
Ini merupakan kandungan asli tempatan kedua oleh Prime Video selepas hadir dengan siri TV That Cover Girl sebelum ini.
Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.