Indiana Jones and the Dial of Destiny adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai Indiana Jones. Filem ini merupakan yang kelima dan juga yang terakhir bagi francaisnya. Kali ini skrip dan pengarah adalah oleh James Mangold (Logan), dibintangi oleh Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, John Rhys-Davies, Toby Jones, Boyd Holbrook dan Mads Mikkelsen.

Hari ini Disney+ Hotstar Malaysia mengumumkan yang Indiana Jones and the Dial of Destiny akan ke platform penstriman video mereka bermula 1 Disember ini.

Pada masa yang sama, dokumentari Timeless Heroes mengenai pembangunan francais Indiana Jones turut akan disiarkan pada tarikh yang sama.

Indiana Jones and the Dial of Destiny mengisahkan Indy iaitu ahli arkeologi yang berani merentas masa dengan dail ajaib bagi melindungi sejarah diubah oleh bekas Nazi yang bekerja dengan NASA iaitu Jürgen Voller. Dalam pengembaraan ini, Indy ditemani Helena anak perempuan pembaptisan dia.

Di Malaysia filem ini berjaya mengutip sebanyak RM5,595,177, sementara kutipan global mencapai $383,922,132 iaitu sekitar RM1,825,165,816. Jika anda terlepas menyaksikan filem ini di pawagam, nantikan ketibaannya di Hotstar 1 Disember ini.

Sohor Kini