Skip to main content

Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan kemaskini 1.40 SPEC II untuk Gran Turismo 7 yang merupakan kemaskini terbesar bagi permainan tersebut. Kemaskini ini menyertakan pelbagai penambahan seperti berikut;

  • Video Pembukaan SPEC II
  • 7 Kereta Baharu – Dodge Charger R/T 426 Hemi ‘68, Dodge Charger SRT Demon ‘18, Lexus LFA ‘10, Mercedes-Benz 190 E 2.5-16 Evolution II ‘91, NISMO 400R ‘95, Porsche 911 GT3 RS (992) ‘22, Tesla Model 3 Performance ‘23
  • Litar Baharu: Lake Louise dengan 3 rekaan berbeza
  • 3 Cafe/Extra Menu
  • Kemaskini untuk World Circuits
  • Gran Turismo Sophy (AI) bersama dengan Quick Race (PS5 sahaja)
  • 50 Cabaran untuk Lesen
  • Paddock disertakan di dalam mod multi-pemain
  • Split Screen sehingga 4 Pemain (PS5 sahaja)
  • Penambahan untuk Photos dan Scapes
  • Kemaskini untuk GT Menu dan Dashboard

Kemaskini ini akan tiba pada 2 November 2023 secara percuma kepada semua pemilik Gran Turismo 7 yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Gran Turismo 7 – Permainan Simulasi Lumba Kereta Yang Mendalam.

Leave a Reply