Dalam temuramah bersama Nizam Abd Razak, selaku CEO Monsta – Aksiz sempat bertanya kepada beliau mengenai masa hadapan permainan video untuk IP Power Sphera Universe. Setakat ini Monsta hanya mempunyai permainan Robolox dengan tema Mechamato sahaja.

Baca – Temuramah Bersama CEO Monsta, Nizam – Filem Aksi Nyata IP Mesta Power Sfera Dan Permainan Konsol

Beliau menyatakan yang permainan PC dan konsol setakat ini sukar untuk dibangunkan serta dikendalikan oleh mereka. Sudah ada pembangun yang berminat untuk mengadaptasi IP Power Sphera Universe ke permainan lain tetapi bukan dalam masa terdekat. Nizam turut berkongsi yang kerjasama bersama PUBG Mobile turut akan diteruskan.

@myaksiz

Video Games untuk BoBoiBoy dan Mechamato? #monsta #BoBoiBoy #mechamato

♬ original sound – Aksiz – Aksiz

Sekitar tahun 2024 nanti, acara PUBG Mobile X Mechamato pula akan diadakan. Mungkin selepas ini kita akan melihat acara khas Papa Pipi sebelum Monsta beralih ke platform lain untuk permainan mereka.

Sohor Kini