PlayStation telah mengumumkan set fon telinga Pulse Explore dan set fon kepala Pulse Elite akan dilancarkan pada tahun depan iaitu 1 Februari 2024 dan 21 Februari 2024 di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.
Sesi pra-tempahan untuknya akan mula dibuka pada 24 November ini dengan harga RM999 untuk Pulse Explore dan RM699 untuk Pulse Elite. Setiap pembelian akan disertakan bersama penyesuai PlayStation Link USB yang juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM119 bermula 1 Februari 2024.
Pulse Explore dan Pulse Elite telah diumumkan pada bulan Ogos lepas bersama dengan PlayStation Portal yang buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran.