Skip to main content

Clover Films dan ACT 2 Pictures telah mengumumkan yang ‘La Luna’ iaitu filem komedi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Sharifah Amani akan mula ditayangkan di pawagam pada 9 November 2023.

Filem ini mengisahkan mengenai Hanie Abdullah lakonan Sharifah Amani yang telah membuka kedai pakaian dalam wanita di Kampong Bras Basah iaitu satu kampung yang sangat konservatif dan mempunyai ‘undang-undang’ tersendiri. Ini telah menerima reaksi yang berbeza di kalangan penduduk kampung termasuk juga Sailihin Arshad lakonan Shaheizy Sam yang merupakan anggota polis di kampung tersebut.

Filem ini diarahkan oleh M. Raihan Halim iaitu pengarah dari Singapura yang sebelum ini mengarah filem seperti Banting, Raksasa dan juga siri TV seperti Siti Vampire dan Gunting.

Senarai pelakon lain adalah Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya NIsaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan.

Filem ini dibawakan oleh Clover Films dengan kerjasama ACT 2 Pcitures, One Cool Film dan Papahan Film dengan sokongan oleh Suruhanjaya Filem Singapura Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Hong Kong Asia Film Financing Forum, White Light Studio dan Wouter Barendrect Film Foundation.

Leave a Reply