Mechamato Movie Akan Tiba Di Netflix November Ini

Mechamato Movie adalah filem animasi tempatan paling popular pada tahun lepas. Ia turut menjadi filem animasi dengan kutipan kedua tertinggi di Malaysia serta menjadi IP animasi kedua popular. Ia adalah kisah asal usul Amato bersama Power Sfera Mechabot yang mana merupakan bapa kepada BoBoiBoy dengan Ochobot.

Selepas hampir setahun ditayangkan, akhirnya filem ini akan tiba ke platform penstriman video Netflix. Di MonstaCon 2023, Monsta mengumumkan yang filem ini akan disiarkan pada November tidak lama lagi. Filem ini akan tiba dalam Bahasa Jepun, Inggeris dan juga Melayu. Kemudian pada tahun 2024, kisah Mechamato akan diteruskan dengan musim ketiga dan kemudian akan bersambung sehingga musim keenam.

Sohor Kini