Semasa MonstaCon 2022, Monsta mengumumkan perancangan lima tahun untuk francais Power Sphera Universe. Antara yang diberi fokus penuh adalah untuk Mechamato, di mana mereka memerlukan 52 episod untuk layak disiarkan di peringkat global.
Mechamato kini sudah pun mempunyai dua musim dan satu filem. Di acara MonstaCon 2023, Monsta mengumumkan kemunculan musim ketiga Mechamato yang akan tiba tidak lama lagi. Maskmara adalah watak baharu yang akan terlibat dalam siri ini.
Bukan itu sahaja, Nizam Abd Razak iaitu CEO Monsta turut memberitahu yang siri animasi Mechamato akan diteruskan kepada musim keempat yang sudah pun dalam pembangunan dan musim kelima serta musim keenam yang kini dalam perancangan awal.