Blizzard sebelum ini telah mengumumkan yang acara tahunan mereka iaitu BlizzCon akan kembali untuk tahun ini dan akan berlangsung pada 4 November sehingga 5 November 2023 secara digital dan juga fizikal.
Minggu ini, mereka juga telah berkongsi senarai perkongsian yang akan dilakukan sepanjang acara ini dan anda boleh mengikutnya melalui penstriman langsung:
4 November, Sabtu
5 November, Ahad
Anda boleh mengikuti perkongsian ini melalui YouTube dan juga Twitch rasmi Blizzard.
Jika berminat adalah juga boleh dapatkan BlizzCon Collection yang menyertakan pelbagai barangan di dalam permainan untuk World of Warcraft, Diablo IV, Overwatch 2, Hearthstone, dan Warcraft Rumble.