Apple melalui acara ‘Scary Fest’ yang berlangsung pada awal pagi tadi telah mengumumkan kemaskini penawaran MacBook Pro dan iMac yang akan menggunakan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu M3.

Bagi MacBook Pro ia hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 14-inci dan 16-inci yang menggunakan pilihan cip M3, M3 Pro dan juga M3 Max.
Berikut adalah harga bersama dengan spesifikasi ringkas untuk setiap pilihan bagi skrin saiz 14-inci;
- M3 (8 Teras CPU + 10 Teras GPU), 8GB RAM, 512GB SSD – RM7,499
- M3 (8 Teras CPU + 10 Teras GPU), 8GB RAM, 1TB SSD – RM8,299
- M3 Pro (11 Teras CPU + 14 Teras GPU), 18GB RAM, 512GB SSD – RM9,999
- M3 Pro (11 Teras CPU + 14 Teras GPU), 18GB RAM, 1TB SSD – RM11,599
- M3 Max (14 Teras CPU + 30 Teras GPU), 36GB RAM, 1TB SSD – RM14,799
Bagi skrin saiz 16-inci pula adalah seperti berikut;
- M3 Pro (12 Teras CPU + 18 Teras GPU), 18GB RAM, 512GB – RM11,999
- M3 Pro (12 Teras CPU + 18 Teras GPU), 36GB RAM, 512GB – RM13,599
- M3 Max (14 Teras CPU + 30 Teras GPU), 36GB RAM, 1TB SSD – RM15,999
- M3 Max (16 Teras CPU + 40 Teras GPU), 48GB RAM, 1TB SSD – RM17,999

Kesemua model ini hadir dengan pilihan warna Space Black dan Silver kecuali MacBook Pro 14-inci yang menggunakan M3 yang hadir dengan pilihan warna Space Grey dan Silver.
Buat masa ini tarikh pelancaran MacBook Pro baharu ini di Malaysia masih tidak disahkan lagi tetapi kami jangkakan penantian adalah tidak terlalu lama.