Astro Shaw selaku penerbit untuk filem ‘Gemencheh Boys’ telah mengumumkan yang mereka akan sumbangkan RM1 daripada setiap pembelian tiket untuk filem tersebut ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula pada 30 Oktober 2023.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar berdasarkan 6 kanak-kanak dari kampung Gemencheh yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’ kerana sifat mereka yang nakal tetapi berubah selepas diperkenalkan dengan sukan kriket oleh seorang guru sehinggalah meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Gemencheh Boys diarahkan oleh Jason Chong dan Eric Ong dengan senarai pelakon seperti Pekin Ibrahim sebagai guru, bersama pelakon kanak-kanak seperti Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.

Selain itu, filem ini turut melibatkan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan.

Filem ini sudah di pawagam sejak 26 Oktober 2023.

Sohor Kini