Sphere merupakan arena di Las Vegas, Amerika Syarikat dan seperti namanya, ia adalah satu bangunan yang berbentuk sfera. Selain menjadi tarikan dengan penganjuran konsert serta persembahan lain di dalamnya, Sphere ini juga menjadi tarikan kerana berkeupayaan untuk memaparkan kandungan di keseluruhan bangunan.

Ia digunakan untuk memaparkan pelbagai pengiklanan termasuk juga oleh Xbox dan PlayStation, Xbox menggunakannya untuk mengiklankan Xbox secara umum manakala PlayStation pula memfokuskan Marvel’s Spider-Man 2 yang baru sahaja dilancarkan.

Anda boleh tonton video untuk Xbox di bawah

dan untuk PlayStation di bawah.

Menurut beberapa laporan kos untuk mengiklankan di Sphere ini menelan perbelanjaan sebanyak $450 ribu untuk sehari dan $650 ribu untuk seminggu. Mungkin satu jumlah yang kecil untuk mengiklankan Xbox dan juga permainan Marvel’s Spider-Man 2 yang telah terjual 2.5 juta unit dalam masa sehari.

Sohor Kini