Capcom hari ini telah melancarkan Resident Evil Village untuk iPhone 15 Pro dan juga iPad Pro serta iPad Air yang menggunakan sekurang-kurangnya cip M1. Permainan boleh dicuba secara percuma dan dijual dengan harga RM65 untuk bermain secara penuh. DLC juga ditawarkan dengan harga RM40.

Resident Evil Village merupakan permainan susulan kepada Resident Evil 7: Biohazard dan memfokuskan kepada watak Ethan Winters. Permainan ini pertama kali dikeluarkan pada 2021, ia juga dikeluarkan untuk macOS pada tahun 2022.

Tidak seperti Resident Evil 4 yang akan dikeluarkan kemudian, Resident Evil Village tidak menyertakan rentas pembelian dengan versi Mac dan iPhone/iPad ditawarkan secara berasingan.

Sohor Kini