Xbox Game Studios Game Camp Dianjurkan Di Asia Tahun Depan

Microsoft telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan Xbox Game Studios Game Camp di Asia iaitu acara selama dua bulan yang bermula pada 20 Februari sehingga 19 April 2024 untuk menghargai pembangun dari Asia.

Game Camp merupakan inisiatif oleh Xbox untuk menghargai dan bekerjasama dengan pembangun permainan video. Ia telah bermula sejak tahun 2014 di Sweden tetapi pada tahun 2020 menjadi program secara global.

Game Camp Asia akan menyertakan perkongsian, sesi pembelajaran bersama dengan Microsoft dan Xbox. Pembangun yang mempunyai permainan untuk dikongsi juga digalakkan untuk melakukannya semasa acara ini.

Sepanjang acara ini, peserta akan menyertai melalui Microsoft Teams. Wakil Xbox akan mengendali perkongsian mengenai pelbagai topik-topik berkait dengan pembangun permainan video.

Diumumkan Xbox Game Studios Game Camp Asia ini melibatkan 5 negara tetapi buat masa ini tidak disahkan lagi negara-negara yang terlibat.

Sohor Kini