Melalui temubual bersama dengan Kinda Funny Games, Pengarah Kreatif Marvel’s Spider-Man 2 Bryan Intihar mengatakan yang permainan Wolverine yang diumumkan pada tahun 2021 dan Marvel’s Spider-Man yang telah menerima tiga permainan setakat ini berkongsi dunia yang sama iaitu “World-1048”.
Beliau juga mengatakan yang mereka mengambil keputusan untuk tidak memperlihatkan Wolverine di dalam permainan Marvel’s Spider-Man 2 adalah agar pasukan pembangun untuk Wolverine tidak diganggu dan mereka dapat melakukannya dengan kebebasan.
Permainan Spider-Man memfokuskan kepada kawasan New York, termasuk juga dua kawasan baharu yang disertakan iaitu Brooklyn dan Queens, manakala Wolverine masih tidak disahkan lagi lokasi, tetapi ada ura-ura mengatakan yang ia akan berlaku di Madripoor.
Sumber: VGC