Capcom telah berkongsi mengenai kemaskini terbaru bagi RE Engine iaitu enjin permainan video mereka sendiri. Mereka juga telah mengumumkan yang RE Engine generasi baharu sedang dibangunkan dan meggunakan nama kod REX Engine (RE Engine + Next Generation).
Antaran fungsi baharu yang akan disertakan di dalam enjin tersebut adalah REDox, REUI, RELog, REFlows, REAssetStream, REProfiler, RELauncher dan RERuntim. Maklumat lanjut mengenai fungsi-fungsi ini akan dikongsi kemudian.
Mereka juga mengatakan yang jumlah permainan yang menggunakan RE Engine terus bertambah termasuk juga untuk permainan yang akan tiba selepas tahun 2024 seperti Dragon’s Dogma II dan Pragmata.
Sumber: Perkongsian oleh Okami Games di X