505 Games dan pembangun One More Level telah melancarkan secara rasmi Ghostunner 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam, Epic dan juga GOG. Bersempena pelancaran ini, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Ghostrunner 2 merupakan permainan susulan kepada Ghostrunner yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan penceritaan berlaku 1 tahun selepas permainan tersebut. Permainan kedua ini menyertakan pelbagai penambahan seperti kebolehan dan cara bertempur yang baharu.

Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan kandungan pasca-pelancaran yang akan tiba bagi permainan ini.

Sohor Kini