Skip to main content

Steam telah mengumumkan yang mereka tidak lagi akan menawarkan pembelian menggunakan mata wang tempatan di Turkiye dan juga Argentina. Sebaliknya, kedua-dua negara akan menggunakan harga di dalam USD tetapi masih lagi mempunyai harga setempat mengikut benua-benua tertentu.

Perubahan ini akan bermula pada 20 November dan Steam mengatakan yang mereka mengambil keputusan ini kerana mata wang Turkiye iaitu Lira dan Argentina Peso terlalu tidak menentu yang memberi kesukaran kepada pembangun untuk menetapkan harga bagi permainan-permainan mereka.

Turkiye dan Argentina akan diletakkan di bawah “Benua-USD” bersama dengan beberapa negara yang tidak menggunakan mata wang tempatan sebelum ini. Pembahagian adalah seperti berikut;

Benua USD – LATAM

Amerika Tengah

  • Belize
  • El Salvador
  • Guatemala
  • Honduras
  • Nicaragua
  • Panama 

Amerika Selatan

  • Argentina 
  • Bolivia
  • Ecuador
  • Guyana
  • Paraguay
  • Suriname
  • Venezuela

Benua USD – MENA

Timur Tengah

  • Bahrain
  • Egypt
  • Iraq
  • Jordan
  • Lebanon
  • Oman
  • Palestine
  • Turkey
  • Yemen

Afrika Utara 

  • Algeria
  • Libya
  • Morocco
  • Tunisia
  • Sudan

Harga tempatan akan mengikut benua dengan beberapa negara mungkin akan melihat harga yang lebih tinggi ataupun lebih rendah berbanding sedia ada.

Leave a Reply