Black Moon Membuka Sesi Pra-Pendaftaran Melalui Play Store

PlayPark telah mengumumkan yang sesi pra-pendaftaran untuk permainan terbaru mereka iaitu Black Moon kini dibuka bagi pengguna Android melalui Play Store.

Pemain akan mendapat pelbagai ganjaran apabila permainan ini dilancarkan kelak bergantung kepada jumlah pra-pendaftaran yang diperoleh.

Black Moon merupakan permainan aksi RPG yang menyertakan pelbagai kombo pertempuran dan juga kostum yang boleh didapatkan.

Selain menyertakan kempen penceritaan, permainan ini juga menyertakan PVP melawan dengan pemain lain.

Permainan ini akan turut dikeluarkan untuk iOS tetapi buat masa ini pra-pendaftaran masih tidak dibuka – sementara itu, pra-pendaftaran juga boleh dilakukan melalui laman rasmi untuknya.

Sohor Kini