Skip to main content

Crunchyroll telah mengumumkan kerjasama dengan Amazon untuk menawarkan kandungan mereka secara terus melalui Prime Video, membolehkan mereka mengakses kandungan anime tanpa menggunakan aplikasi tambahan.

Pelanggan Prime Video boleh menambah langganan Crunchyroll dengan harga $7.99 atau $9.99 untuk Mega Fan iaitu harga yang sama bagi langganan Crunchyroll secara terus. Buat masa ini, penawaran ini adalah untuk pelanggan di Amerika Syarikat, Kanada, Sweden dan UK dengan ia akan tiba di negara lain sepanjang tahun 2024.

Crunchyroll diambil-alih oleh Sony Pictures pada tahun 2021 dan menerima kandungan daripada Funimation. Pada tahun lepas, Crunchyroll juga mula memperkenalkan harga tempatan bagi pengguna di Malaysia.

Leave a Reply