Skip to main content

Media Molecule iaitu pembangun untuk permainan Dreams telah mengumumkan yang di dalam peralihan mereka ke projek baharu, penstrukturan berlaku dan akan melibatkan pemberhentian pekerja.

Mereka tidak mengesahkan jumlah pemberhentian ini akan tetapi menurut laporan oleh Eurogamer ia akan melibatkan dari 15 hingga 20% daripada keseluruhan tenaga kerja. Media Molecule juga mengatakan yang mereka menyediakan sokongan kepada semua pekerja yang terkesan.

Media Molecule telah mengumumkan penamatan sokongan untuk Dreams pada bulan April lepas dengan sokongan ditamatkan pada 1 September 2023. Mereka juga mengesahkan sedang membangunkan permainan baharu yang tidak berkait dengan Dreams.

Media Molecule ditubuhkan pada tahun 2006 dan membangunkan permainan seperti LittleBigPlanet pada tahun 2008 dan diambil-alih oleh PlayStation Studios pada tahun 2010 dan membangunkan permainan Tearaway sebelum Dreams.

Leave a Reply