Filem ketiga Paddington yang menggunakan judul ‘Paddington in Peru’ diumumkan akan mula ditayangkan pada 8 November 2024 di UK diikuti 17 Januari 2025 di Amerika Syarikat, buat masa ini tidak disahkan bagi tarikh tayangan secara global.
Paddington in Peru akan meneruskan penceritaan Paddington selepas dua filem sebelum ini iaitu Paddington pada tahun 2014 dan Paddington 2 pada tahun 2017. Berbanding Paul King seperti dua filem lepas, filem ini diarahkan oleh Dougal Wilson.
Ben Whishaw akan kembali memberi suara kepada Paddington bersama dengan keluarga Brown iaitu Hugh Bonneville sebagai Henry Brown, Emily Mortimer sebagai Mary Brown, Madeleine Harris sebagai Judy Brown, dan Samuel Joslin sebagai Jonathan Brown.
Rachel Zegler sebelum ini diumumkan untuk membawa watak Rachel Zegler Gina Gabot di dalam filem ini tetapi dengan mogok pelakon Amerika Syarikat sedang berlaku, beliau telah digantikan dengan pelakon baharu iaitu Carla Tous.
Filem ini diedarkan oleh Sony Pictures untuk pasaran antarabangsa.