Sung Kang iaitu pelakon Han Lue di dalam siri filem Fast & Furious mengatakan yang beliau sedang berusaha untuk hadir dengan filem aksi nyata baharu untuk Initial D dan juga berminat untuk menjadi pengarah.

Perkara ini dilaporkan oleh Anime News Network yang memetik kenyataan Sung Kang di dalam temubual bersama South China Morning Post dan juga melalui podsiar Car Stories.

Initial D merupakan siri manga yang bermula pada tahun 1995 sehingga 2013 dan juga siri anime. Ia juga telah menerima filem aksi nyata sebelum ini yang dikeluarkan pada tahun 2005 lakonan Jay Chou serta diarahkan oleh Andrew Lau dan Alan Mak.

Siri anime susulan untuk Initial D iaitu MF Ghost juga telah mula disiarkan bulan ini melalui Prime Video.

Sohor Kini