Nimbus Games iaitu studio pembangunan permainan video telah mengumumkan penglibatan mereka di dalam esukan dengan penganjuran Nimbus Esports Fest 2023 yang akan memperlihatkan pertandingan esukan melibatkan permainan PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Valorant dan Tekken.

Dato’ Kaiwen Chong, Pengasas Dan Pengarah Nimbus Games

Nimbus Esports Fest 2023 ini akan berlangsung pada 25 sehingga 26 November 2023 di Sunway Geo Avenue yang akan melibatkan 120 pasukan iaitu 64 pasukan untuk PUBG Mobile, 32 pasukan untuk Mobile Legends: Bang Bang, 8 pasukan untuk Valorant dan 16 pasukan untuk Tekken.

Pasukan-pasukan profesional yang akan terlibat dengan kejohanan ini adalah Team HAQ, Homebois, Todak, MPXNSEA dan RSG MY bersama dengan pasukan-pasukan lain yang dibuka secara umum untuk merebut hadiah terkumpul RM30 ribu.

Organisasi yang terlibat dengan penganjuran Nimbus Esports Fest 2023

Selain kejohanan esukan, acara ini juga akan menyertakan ‘Zon Permainan Retro’, ‘Cosplay Corner’ dan barangan retro bersama dengan pelbagai gerai makanan juga dibuka untuk pengunjung yang hadir.

Nimbus Games menganjurkan acara ini dengan sokongan oleh Kementerian Belia dan Sukan, dan kerjasama bersama Team HAQ serta Malaysian Esports Association (MESF).

Sohor Kini