Warcraft Rumble Dilancarkan November ini Untuk iOS Dan Android

Blizzard Entertainment telah mengumumkan yang permainan mudah alih Warcraft Rumble akan dilancarkan pada 3 November untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan strategi berdasarkan watak-watak World of Warcraft.

Di dalam permainan ini, pemain akan membentuk pasukan yang terdiri daripada Leader bersama dengan Troops dan juga Spells – pemain boleh mengumpul lebih 60 watak dan selain sesi permainan secara PvP, ia juga menyertakan kempen solo yang menyertakan 70 misi.

Jika berminat anda boleh mula melakukan pra-pendaftaran melalui App Store untuk iOS dan Play Store untuk Android.

Sohor Kini