Plaion telah mengumumkan yang DLC penceritaan untuk Dead Island 2 iaitu Haus akan dilancarkan pada 2 November 2024 yang akan menyertakan penceritaan baharu mengenai kultus teknologi yang melawan dengan zombi dan diketuai oleh Konstantin.
Haus akan bertempat di lokasi baharu iaitu villa di Malibu dan perlu melalui pelbagai kawasan untuk melawan zombi menggunakan peralatan baharu seperti K-Rossbow, Hog Roaster, Dead Islands dan juga 8 kad skill baharu.




Dead Island 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan Dead Island 2.