Bersempena dengan pelancaran Marvel’s Spider-Man 2 yang buat masa ini telah terjual melebihi 2.5 juta unit, PlayStation hadir dengan Pop-Up yang bertempat di Piazza, The Starhill, Bukit Bintang yang menyertakan pelbagai aktiviti menarik.

Selain dapat mengambil gambar dengan pelbagai hiasan berdasarkan permainan ini, pengunjung juga boleh menyertai Neighbourhood Mission Hunt untuk mendapatkan poster dan komik. Selain itu, setiap pembelian barangan PlayStation juga memberi peluang untuk cabutan bertuah dengan hadiah seperti PlayStation 5 Limited Edition, Collector Edition dan Fan Pack.

Pop-up ini sudah berlangsung sejak 20 Oktober lepas dan boleh dikunjungi sehingga 29 Oktober 2023 bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Anda boleh kunjungi laman rasmi untuk mengetahui lanjut mengenainya.

Marvel’s Spider-Man 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Marvel’s Spider-Man 2.

Sohor Kini