Teamfight Tactics Mobile Dilancarkan Bulan November Ini

Riot Games selepas membuka sesi pra-pendaftaran sebelum ini telah mengumumkan yang Teamfight Tactics Mobile untuk iOS dan Android akan dilancarkan secara rasmi pada 22 November 2023 untuk pasaran Asia Pasifik.

Teamfight Tactics Mobile ini menyokong fungsi rentas kemajuan dengan versi PC oleh itu pemain boleh bermain di kedua-dua platform menggunakan akaun yang sama.

Mereka juga telah mengumumkan yang buat masa ini sudah terdapat 3 juta pemain melakukan pra-pendaftaran dan kesemua pemain akan mendapat ganjaran khas apabila permainan ini dilancarkan kelak.

Sohor Kini