Skip to main content

PlayStation telah mengumumkan yang Marvel’s Spider-Man 2 telah terjual sebanyak 2.5 juta unit dalam masa 24 jam permainan tersebut dilancarkan. Mereka juga mengatakan yang ia adalah permainan terlaris di dalam sejarah PlayStation Studios.

Marvel’s Spider-Man 2 dilancarkan pada 20 Oktober lepas dan telah menerima ulasan yang baik termasuk juga daripada kami sendiri yang mengatakan ia adalah satu pengalaman yang lengkap dan epik – Ulasan Marvel’s Spider-Man 2.

Sebagai perbandingan, permainan pertama iaitu Marvel’s Spider-Man terjual sebanyak 3.3 juta unit dalam masa 3 hari, satu jumlah yang berkemungkinan besar akan diatasi oleh permainan ketiga di dalam siri Spider-man ini.

Marvel’s Spider-Man 2 sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5.

Leave a Reply