Marvel Studios’ The Marvel Cinematic Universe – An Official Timeline adalah buku baharu yang ditulis oleh Anthony Breznican, Amy Ratcliffe dan Rebecca Theodore-Vachon mengenai garis masa dalam filem-filem dan siri TV Marvel Cinematic Universe.

Buku ini mempunyai prakata oleh Kevin Feige dan beliau telah mengesahkan mengenai kesinambungan antara projek-projek Marvel. Hanya filem-filem yang dibangunkan oleh Marvel Studios sahaja berkait antara satu sama lain. Ini bermakna segala siri lain yang dibangunkan oleh Marvel Television seperti di Netflix, Hulu dan lain-lain tidak akan ada kaitan langsung.

Tambahan lagi, garis masa untuk kandungan Marvel Studuis dikatakan adalah Sacred Timeline iaitu garis masa utama. Sementara projek-projek lain adalah kisah yang berlaku di garis masa lain dalam sejarah Marvel dan tidak bermakna garis masa itu tidak akan bertembung dengan MCU.

Buku ini turut memfokuskan kepada MCU fasa pertama sehingga keempat sahaja dan tidak mendedahkan perancangan bagi fasa-fasa lain. Dengan siri Loki menerokai lebih banyak garis masa dalam pelbagai multimesta, Feige tidak menafikan yang siri seperti Luke Cage, Daredevil, Runaways, Agents of SHIELD, Cloak & Dagger, Helstrom dan lain-lain masih berkait cuma berlaku di garis masa berlainan.

Sumber – The Direct

Sohor Kini