Hero Entertainment bersama dengan pembangun Pan Studio telah berkongsi treler pertama untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Duet Night Abyss yang dikatakan sebagai permainan pengembaraan fantasi RPG yang memberi kebebasan kepada pemain.
Treler pertama yang berjudul ‘Until the Dawn’ boleh ditonton di bawah.
Tarikh pelancaran untuk permainan ini masih tidak diumumkan lagi, akan tetapi telah disahkan ia akan tiba untuk PC bersama dengan iOS dan Android. Pendaftaran minat untuknya sudah dibuka melalui pautan ini, jika anda ingin mendapat maklumat lanjut mengenainya.
Permainan ini akan mempunyai dua protagonis yang setiapnya mempunyai penceritaan tersendiri, semasa bertempur pemain boleh menukar untuk menggunakan senjata melee atau jarak jauh pada bila-bila masa dengan setiap nya mempunyai pelbagai pilihan senjata.
Hero Entertainment sebelum ini hadir dengan permainan seperti Black Myth: Wukong, Punishing: Gray Raven dan Wuthering Waves.