Skip to main content

505 Games dan One More Level telah berkongsi lanjut mengenai kandungan pasca-pelancaran bagi permainan Ghostrunner 2 melalui treler terbaru untuknya.

Ghostrunner 2 akan menerima 4 DLC kosmetik dan juga mod permainan baharu yang boleh didapatkan secara berasingan ataupun bersama dengan Pas Semusim. Anda boleh dapatkan Brutal Edition untuk mendapat pas semusim dan juga akses awal iaitu 2 hari sebelum pelancaran.

DLC kosmetik pertama akan tiba pada 7 Disember 2023 iaitu ‘Ice Pack’ yang akan menyertakan tiga kostum untuk Pedang, Tangan dan Motosikal. Mod baharu iaitu Endless Moto Mode akan tiba pada tahun 2024 dengan maklumat lanjut diumumkan kemudian.

Ghostrunner 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam, Epic Games Store serta GOG pada 26 Oktober 2023.

Leave a Reply