Deadline telah melaporkan yang perjanjian di antara Skydance Animation bersama dengan Apple untuk hadir dengan siri serta filem animasi secara eksklusif bagi Platform Apple TV+ kini telah dibatalkan dan projek yang sedang dibangunkan oleh mereka iaitu Spellbound akan dikembalikan kepada Skydance Animation.

Pembatalan ini berkemungkinan besar berkait dengan pengumuman terbaru oleh Netflix yang mengatakan mereka telah mencapai perjanjian multi-tahun bersama dengan Skydance Animation untuk membawa kandungan animasi ke platform penstriman tersebut.

Bersama dengan Apple, Skydance Animation telah hadir dengan beberapa projek iaitu Luck, Spellbound dan juga The Search for WondLA. Luck sudah tiba di Apple TV+ manakala dua lagi projek mungkin akan beralih ke Netflix.

Walaupun dengan pembatalan bagi Skydance Animation ini, Apple akan terus bekerjasama dengan Skydance Media untuk hadir dengan filem dan siri TV. Mereka sebelum ini hadir dengan siri seperti Foundation dan Ghosted.

Sohor Kini