Skip to main content

Netflix telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2023 yang yang berakhir pada 30 September 2023 lepas. Di dalam tiga bulan ini, mereka mengatakan yang jumlah pelanggan berbayar Netflix telah bertambah sebanyak 8.8 juta pelanggan berbanding 2.4 juta pelanggan untuk tempoh yang sama pada tahun lepas.

Mereka mengatakan yang penambahan memberangsangkan ini di atas faktor pengenalan perkongsian berbayar, penambahan kandungan dan juga penawaran yang lebih meluas secara global – Netflix juga mengatakan yang lebih 70% pelanggan Netflix berada di luar Amerika Syarikat dan mereka ingin menambah kandungan-kandungan tempatan.

Netflix juga telah menggunakan dua kandungan untuk memperlihatkan kejayaan mereka bagi suku ini, iaitu siri aksi nyata One Piece yang telah menerima 62 juta tontonan secara global dan menjadi siri berbahasa Inggeris pertama yang berada di kedudukan #1 di Jepun pada minggu pertama.

Selain itu, mereka juga mengatakan Suits iaitu kandungan yang dikeluarkan sepanjang tahun 2011 sehingga 2019 juga menerima sambutan yang baik walaupun ia juga ditawarkan di platform-platform penstriman yang lain – Netflix mengatakan Suits telah mendapat 1 bilion jam tontonan sejak bulan Jun lepas.

Leave a Reply