Skip to main content

Xbox telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam perkhidmatan Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass bagi pertengahan kedua untuk bulan ini. Antara permainan yang disertakan adalah Dead Space versi olahan semula yang dikeluarkan pada awal tahun ini dan juga permainan baharu iaitu Cities Skylines II.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan disertakan;

  • F1 Manager 2023 (Xbox, Awanan, PC) – 19 Oktober
  • Cities: Skylines II (PC) – 24 Oktober
  • Dead Space (Xbox Series, Awanan, PC) – 26 Oktober
  • Frog Detective: The Entire Mystery (Xbox, Awanan) – 26 Oktober
  • Mineko’s Night Market (Xbox, Awanan, PC) – 26 Oktober
  • Headbangers: Rhythm Royale (Xbox, Awanan, PC) – 31 Oktober
  • Jusant (Xbox, Awanan, PC) – 31 Oktober

Selain itu, mereka juga telah berkongsi senarai permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan tersebut pada 31 Oktober:

  • Gunfire Reborn
  • Kill It With Fire
  • Persona 5 Royal
  • Signalis
  • Solasta Crown of the Magister

Jika anda sedang bermain permainan-permain tersebut ataupun bercadang untuk mendapatkannya, kesemua permainan ini ditawarkan dengan potongan harga 20% untuk pelanggan Game Pass.

Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.

Leave a Reply