Ubisoft hari ini telah berkongsi video tatamain Assassin’s Creed Nexus VR iaitu permainan realiti maya berdasarkan IP Assassin’s Creed yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Meta Quest 2, Meta Quest 3 dan Meta Quest Pro.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi tiga assassins yang berbeza daripada tiga zaman berlainan dan dapat melakukan pelbagai aksi untuk seorang assassin seperti menggunakan Hidden Blade, dan juga melakukan parkour.
Menyelinap juga menjadi bahagian penting di dalam permainan ini dengan membolehkan pemain untuk menyelinap menggunakan pergerakan yang berhati-hati ataupun menggunakan persekitaran untuk melakukannya.
Assassin’s Creed Nexus VR juga membolehkan pemain untuk menggunakan pergerakan badan untuk melakukan aksi seperti blocking, parrying dan takedowns.
Permainan ini akan dikeluarkan pada 16 November 2023.